Monday, November 12, 2012 | 11:43 PM | 0 Atasinchi
Bismillahhirrohmanirrohim...First timer tulis entri baru dalam blog baru.. InsyaAllah.. semoga isi blog ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya...:) Mood sekarang? Tenang alhamdulillah.. cuma agak mengantuk sebab tidur lambat semalam. Ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Buat nota separuh jalan, terus tidur sebab penat.
Last night, ada usrah dengan sahabat-sahabat. Jadi, nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat, mengenai surah Al-Fatihah. Apa yang terdetik di hati pada mulanya...
"Ha ah. Kenapa penting sangat Al-Fatihah? Setiap perkara pun bermula dengan al-Fatihah.. paling selalu, bila nak buka majlis..."
Sampai sampai Nabi Muhammad saw pesan, tanpa al-Fatihah dalam solat, itu bukanlah solat. Maksudnya, betapa pentingnya al-Fatihah sampai menjadi salah satu rukun solat. Telitilah setiap maksud yang diberikan dalam setiap ayat..
Keseluruhan ayat al-Fatihah ialah tujuh ayat, termasuklah bismillahirrohmanirrohim...
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Dalam sehari sahaja, kita mengulangi ayat yang sama sebanyak 17 kali dalam solat fardhu. Jikalau seseorang itu lebih rajin menunaikan solat dhuha, apatah lagi. Berganda kali dibaca setiap hari. Namun, pengisian semalam betul-betul menyentuh hati saya.
Ternyata, Allah sangat sayangkan kita sebagai hambaNya.... :')
Bermula dengan ayat pertama, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Kalau diteliti, ayat ini begitu berkait rapat dengan ayat pertama dan kedua dalam surah pertama yang Allah turunkan..
Al-Alaq :
1. Bacalah!
2. Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan...
Benar.. setiap permulaan kita memulakan sesuatu, kita selalu ungkapkan bismillah.. Baru sekarang saya sedar tentang hal itu.. Allah itu Maha Bijaksana dalam setiap percaturan yang diaturkan... :)
Allah itu dikatakan sangat penyayang sehingga ada hadis mengenai rahmat Allah...
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata :
Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Sesungguhnya Allah memiliki 100 Rahmat; satu diantaranya Allah telah turunkan dan dibahagi-bahagikannya kepada jin, manusia, binatang, dan serangga. Dengan rahmatnya yang satu itu juga para makhluknya saling mencintai dan menyayangi, dan dengan rahmatnya yang satu itu juga haiwan liar mahu menyayangi anaknya. Adapun 99 rahmat lagi, Allah akan berikan pada hari kiamat nanti kepada hamba (pilihan)-nya.'
Baikkan Allah? :') Syurga nanti, melimpah ruah lagi rahmatNya untuk kita. Setiap orang impikan rahmat daripadaNya... kan? Semoga kita diterima disana, kelak...
Ayat kedua... Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam....
Allah is the ultimate power! Yakinlah! Betapa Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna. Tiada perlu untuk kita berfikir setiap langkah yang diambil dan tidak perlu mengatur setiap nafas yang diambil. Semua telah disiapkan untuk kita..
Kadang-kadang, perkara semudah seperti tanah itu sendiri adalah salah satu nikmat yang Allah berikan. Sehingga kita selesa berjalan di atasnya tanpa ada masalah. Cuba bayangkan tanah ini semuanya seperti pasir jerlus? Tidakpun tanah ini boleh meletup kalau kita pijak? Bagaimana? Allah... :') He is the Best Creator of All...
Ayat ketiga dan keempat...
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
Saya tersentak lama pada ayat ini. Betapa selama ini saya takut dengan neraka, tapi tidak pernah terlintas untuk memikirkan Neraka dan Syurga, malah Hari pembalasan itu milik siapa, kalau bukan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mengapa selama ini saya tidak pernah tahu? Allah sentiasa menunggu hambaNya agar kembali taat kepadaNya..
Kata sister, sampai terpaksa buat neraka untuk menakutkan kita. Padahal Allah tak pernah suruh kita masuk neraka. Allah mengajak kita dengan lemah lembut supaya kembali lah kepadaNya, He is the Creator! and don't ever forget! Dia Maha Penyayang! Sejahat manapun kita in the past, for sure Allah terima kita dengan tangan terbuka, asalkan kita mahu... Kecuali orang yang murtad dan waktu dimana pintu taubat telah tertutup...
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Sampai ke ayat ini.. seperti Allah sedang katakan kepada malaikat....
"Oh, ini hanyalah urusan Aku dengan hambaKu... " :)
Seperti contoh, ada satu password yang hanya kita dan sahabat baik kita sahaja yang tahu. Bila kita sampaikan melalui orang tengah, orang tengah itu sendiri tertanya-tanya tentang keistimewaan mengenai perkara yang dikongsikan di antara kita dan sahabat kita itu.
Cool? :)
Dan ayat yang terakhir...
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat...
In doa, seperti saya sendiri, saya mengaku, saya selalu meminta perkara duniawi.. Namun, itu bukanlah sesuatu yang akan saya dapat untuk selamanya. My ending should be just two, Heaven or Hell.. Dan ya.. doa saya sepatutnya lebih ke arah itu. Syurga adalah impian semua. Itu tidak dapat dinafikan. Mintalah... minta pada Allah.. InsyaAllah.. selepas itu, yakinlah dengan segala qada dan qadarnya... :)
Suatu kisah tentang bagaimana bezanya seseorang yang begitu yakin terhadap Allah,
Sebuah kampung telah lama dilanda kemarau. Sampai suatu hari, mereka berhajat mahu menunaikan solat hajat di tengah tengah halaman kampung itu. Meminta kepada Allah supaya diturunkan hujan. Namun... dalam ramai ramai penduduk yang menunaikan solat itu...hanyalah seorang di antara mereka yang membawa payung...Ouch! Dia sahaja yang yakin Allah akan turunkan hujan selepas itu.. *think dear.. how far you believe and put faith in Him?*
setelah segala doa dan ikhtiar... :')
Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah... dengan segala ilmu yang saya curahkan dan saya tahu.. tidaklah membuatkan saya menjadi riak, takbur dan sebagainya.. Ilmu saya masih dangkal dan perlu banyak diasah..
Semoga Allah memberkati setiap langkah yang diambil.. Setiap saat melangkah bukan ditentukan oleh diri sendiri.. :) May Allah guide us along this path.. Ameen..
Ke kelas dulu! >.< Assalamualaikum...







HambaNya :) !